Pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak menyifatkan manifesto yang ditawar kepada rakyat, realistik, segar dan mampu dilaksanakan berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang lapuk dan sarat khayalan.
“Saya berkeyakinan penuh manifesto itu cukup relevan dan lama ditunggu-tunggu majoriti rakyat Sarawak khasnya di luar bandar yang berdepan rampasan tanah dari kerajaan negeri.