Sokongan Penuh Saya Kepada Anwar - Mustapha Kamil
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah.
Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.
"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur," kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden PKR dalam kenyataan medianya hari ini.