Showing posts with label Saya Mengalu - Alukan. Show all posts
Showing posts with label Saya Mengalu - Alukan. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Saya Mengalu - Alukan, Selamat datang Teo Nie Ching - Nasrudin Hassan Tantawi


Mudah-Mudahan Ikrar Itu Sebagai Permulaan Untuk YB Teo Melihat Dari Dekat Bagaimana Akhlak Dan Cara Hidup Islam 


1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini difahamkan membuat ikrar bahawa beliau akan terus melawat masjid sekalipun dikritik hebat oleh media ekoran tindakan beliau sebelum ini memasuki surau dan membuat ucapan di dalamnya serta mengadakan senamrobik di  Masjid Taman Cheras Jaya .


2. Saya mengalu - alukan ikrar sedemikian sekaligus menunjukkan Teo Nie Ching telah mula tertambat hati dengan rumah Allah [ samaada surau atau masjid ] dalam keadaan ada sebahagian ummat Islam sendiri rasa tidak berminat untuk mengunjungi surau dan masjid apalagi untuk duduk bersimpuh di dalamnya demi mendalami agama atau i'tikaf mendekatkan diri kepada Allah swt.

3. Mudah - mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam . Memahami Islam dari sumbernya yang betul adalah menyelamatkan seseorang daripada keliru setelah melihat sebahagian ummat Islam sendiri tidak mematuhi hukum hakam Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...