Showing posts with label Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno. Show all posts
Showing posts with label Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno


Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka.

"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya, tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada pembaca, apa yang dipelajari mereka,” kata beliau kepada TVSelangor/

Said berkata media yang beretika tidak akan melaporkan sesuatu yang belum terbukti kesahihannya serta tidak cuba untuk mendorong pembaca agar mempercayai setiap apa yang dipaparkan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...