| (Anwar berucap di Tuaran hari ini sempena pengisytiharan Wilfred keluar BN) |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.
"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.
"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.
Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.