Showing posts with label Persatuan Peniaga Diresapi Politik Umno. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Peniaga Diresapi Politik Umno. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Persatuan Peniaga Diresapi Politik Umno

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu

Tak ada modal politik,  Kini isu 'Bazar Tok Guru' dijadikan modal politik sempit Umno ...
Umno tidak mampu lagi berselindung di sebaliknya isu ditimbulkan Persatuan Peniaga Arked MPKB berkaitan kemudahan ruang niaga disediakan kerajaan negeri di Bazar Tok Guru.

Sejak dari awal lagi persatuan terbabit dan Persatuan Peniaga Arked Uda dipengaruhi Umno sehingga sering dilihat mengadakan pertemuan dengan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.

Seorang peniaga mendakwa pihak persatuan terbabit seolah-olah mahu semua peniaga mengisi borang keahlian Umno sebagai timbal balas campur Fatmi terhadap isu terbabit.

”Orang kanan persatuan ada memberitahu peniaga bahawa kita semua (peniaga) patut menjadi orang Umno. Umno akan bina bazar baru di Tunjung dengan keluasan lebih selesa.

”Saya tanya kalau luas berapa pula harganya. Mungkin ratusan ribu jawab orang kanan persatuan terbabit. Kalau begitu apa gunanya, siapa sanggup beli kalau itulah yang Umno cadangkan,” katanya ketika ditemui di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...