| (Dr Kua, Cynthia Gabriel dan Breham yang mewakili Suaram di perkarangan Mahkamah Perancis) |
Suaram telah memulakan permohonan mereka kepada Tribunal Besar Perancis bagi membicarakan skandal rasuah pembelian Scorpean hari ini.
Suaram yang diwakili ahli lembaganya iaitu Dr Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa membuat permohonan itu di depan hakim Roger Le Loire melalui peguam Joseph Breham.Suaram membawa kes ini bagi pihak pembayar cukai Malaysia untuk mendedahkan dakwaan komisyen telah dibayar sebanyak lebih RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Dr Kua telah membentangkan kes itu bagi pihak Suaram.