Showing posts with label Pengundi Tenang Harus Berani Membuat perubahan. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Tenang Harus Berani Membuat perubahan. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Pengundi Tenang Harus Berani Membuat perubahan



"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk beliau membuat satu perubahan kerana beliau telah iltizamkan dalam dirinya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah. Pengundi Tenang seharusnya berani membuat perubahan untuk mencari kebenaran dan keadilan. Selagi Umno-BN berkuasa perasuah dan kezaliman akan terus berlaku   


Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.

Normala juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...