Showing posts with label Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar- Aspan Alias .. Show all posts
Showing posts with label Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar- Aspan Alias .. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar- Aspan Alias .

My Photo

             Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dan pelbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan.
             Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar daripada harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang dikenakan oleh pihak kerajaan kita.

Jika duti eksais diturunkan ke tahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah daripada harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di rantau ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...