Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu. Merekalah yang sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.
Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.
Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.
Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.
