Pemimpin dan ahli Pas harus bersatu ..
Peningkatan sokongan dan pengundi dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya boleh dikatakan terbaik Contohnya Jika dilihat di Beting Maro , kekalahan Pas cuma 400 undi dalam PRN Sarawak Ke-10 itu.
Ini membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh UMNO BN. Ini sudah terbukti pengaruh Pas semakin berkembang dan mempunyai harapan baru untuk terus memainkan peranan dalam persada politik tanah air di masa depan. Cuma Pas harus mengambil kesempatan dan inisiatif untuk terus mendekati rakyat Sarawak dari masa ke masa.
Memang kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi moral dan pengaruh Pas sudah mula berkembang di Sarawak. Kini bendera-bendera Pas pula dilihat terus terpancak di bumi itu. Begitu juga dengan terpancar keislamannya sambil berceramah dan berdakwah. Untuk terus maju, Pas harus bersiap sedia dari sekarang untuk mendekati rakyat Sarawak menghadapi PRU 13 akan datang. Insyaallah ..
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.
Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
