Masihkah anda ingat ungkapan kata-kata "Kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan".Kata-kata ini pernah diucapkan Anwar di era reformasi. Bermula di sinilah tercetusnya kebangkitan rakyat akibat Anwar di zalimi. Ketika itu Anwar dituduh pula sebagai seorang peliwat dalam kes Fintah I pada 1998, gara-gara Mahathir takut Anwar mencabarnya dalam Perhimpunan Agong Umno. Takut menerima kekalahan, terpaksa Mahathir reka cipta kes liwat demi menyekat Anwar dari terus mencabarnya.
Kini, Anwar berdepan pula dengan kes Fitnah II yang didalangi Najib bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Meski pun begitu, dari kaca mata rakyat, kekuatan peribadi Anwar begitu menonjol dari dulu lagi ketika beliau menjadi pemimpin ABIM. Diatas kekuatan inilah Anwar terus disanjung dan dihormati rakyat sehingga kini sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi.Teruskan Anwar .. Pejuang kebenaran dan menegakkan keadilan sentiasa diuji dengan fitnah ..
"Wama karu wama karullah, wallahukhairun makireen" yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang ..yang sebaik-baiknya merancang hanya Allah".
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.
Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.
“Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. “Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.
