Umno sepatutnya perlu nasihatkan pemimpin MCA supaya menghormati Islam. Pemimpin pemimpin Umno mengaku mereka orang muslim tapi kenapa tidak tegurkan MCA agar Jangan merendahkan martabat Islam. Kenapa pemimpin Umno biarkan Islam terus dicaci dan dihina? Pemimpin-pemimpin Umno dayus serta munafik sehingga sanggup gadaikan maruah Islam kerana kepentingan politik.
Pas meminta Umno mengingatkan rakannya dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan supaya menghormati hak Muslim berikutan isu bersalam yang ditimbulkan terhadap calon Pas di Dun Tenang, Normala Sudirman.
“Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam.
“Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh diambil,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Jelas Mustafa, keadaan itu berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP dan KEADILAN cuba sedaya upaya memahami dan mendekati Islam.