Pihak polis sepatutnya bertindak menjaga keselamatan rakyat yang mahu berhimpun secara aman dan bukan menjadi pak turut sebagai alat politik pihak tertentu.
Tindakan itu hanya memburukkan lagi imej pasukan polis di kaca mata rakyat dan dunia luar malah hormati ketulusan dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara.
Jadilah polis sebagai sebuah pasukan yang profesional dan wibawa menjaga keselamatan rakyat bukan menjaga ahli-ahli politik tertentu untuk kepentingan diri.
Artikel penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ..
Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium.
Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium.
