Kami Wanita Muslim tidak boleh bersalam dengan lelaki samada lelaki muslim atau lelaki Tionghua tapi kami tidak ada masalah bersalam dengan perempuan Tionghua, sebab mereka perempuan. Jika kami saudara seIslam pun, kami tidak boleh bersalam dengan lelaki.
Kesilapan memilih isu ketika berkempen dalam sesuatu pilihan raya boleh membawa padah apabila isu yang dimainkan
mampu menjejaskan sokongan pengundi-pengundi kepada calon sendiri.
Lazimnya, pengundi-pengundi atas pagar adalah antara golongan yang prihatin atau lebih peka ketika menganalisa isu yang
diketengahkan oleh jentera parti berbanding penyokong tegar sesebuah parti.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nageri (Dun) Tenang masuk hari ketiga hari ini, kempen BN yang mula menyentuh isu-isu berkaitan kepercayaan penganut agama Islam dianggap satu kesilapan yang mampu mengurangkan undi BN.
Dalam satu ceramah di hadapan pengundi-pengundi berbangsa Cina di sini baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membangkitkan pendirian calon lawan dari PAS, Normala Sudirman yang enggan bersentuhan tangan ketika bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki.