Tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat. Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan. Tapi kenapa SPR masih lagi menegak benang yang basah?
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.
