Showing posts with label Najib Habis Modal Tolak Debat. Show all posts
Showing posts with label Najib Habis Modal Tolak Debat. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Najib Habis Modal Tolak Debat, Kini Menuduh Anwar Sebagai Pengganas


Kini Najib ibarat pondan yang kehabisan modal. Takut cabaran debat Anwar, kini Najib menuduh Anwar sebagai pengganas. Sebenarnya Najib takut menikus untuk berdepan dengan Anwar di PRU 13. Cara baik atau jahat ianya tidak penting bagi Najib, seboleh-bolehnya Anwar mesti dihapus atau dipenjarakan. Baginya Anwar merupakan ikon kepada pembangkang dan mesti dimusnahkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.
Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...