Program Transformasi Politik yang diuar-uarkan oleh Najib adalah satu penipuan, menuju kearah negara diktator semata-mata.
Menurutnya, di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk ‘berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata’, dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.
“Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara ‘antarabangsa’ yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar,” katanya.
