Di dunia mana sekali pun ketegangan diantara rakyat dengan pemerintah adalah berpunca dari sikap pemerintah itu sendiri yang berlaku tidak adil dan bertindak zalim terhadap rakyat. Jika di Tunisia dan Mesir boleh berlakunya rusuhan, maka tidak mustahil di negara kita juga akan berlaku sedemikian rupa akibat tindakan zalim pemerintah. Hari ini sikap kerajaan pimpinan Umno-BN telah menutup segala ruang demokrasi di Malaysia dengan memberi cengkaman kepada media-media pembangkang. Begitu juga dengan SPR yang berat sebelah berlaku tidak adil dengan bertindak menyokong Umno-BN. Apabila pemerintah mencabul kehormatan demokrasi, rasuah berleluasa serta bertindak zalim kepada rakyat yang bersuara maka lama kelamaan kebangkitan rakyat akan tercetus suatu hari nanti
PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.
"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.
"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.