Presiden Afrika Selatan yang ke 11, Nelson Mandela juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh. Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia.
Di sebalik ramai yang terkejut di atas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh, peguam N. Surendran menjelaskan relevan tindakan Anwar itu.
Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, Anwar membuat pilihan itu ekoran mengetahui sistem keadilan negara yang jarang berpihak padanya membuatkan beliau tidak memilih untuk berada di kandang saksi yang membolehkan dirinya disoal balas."Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara,"katanya dalam satu salinan kenyataan media yang diberikan kepada TV Selangor.
