| Shamsul Iskandar |
Kesumat
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pendapat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap dakwaannya liwat terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan laman web Wikileaks dilatari oleh dendam kesumat pemimpin tersebut.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr Mahathir sanggup melacurkan prinsipnya dalam hal yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Singapura itu.
Media pro Umno-Barisan Nasional hari ini melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura itu tahu mengenai tuduhan berkaitan kes liwat yang membabitkan penglibatan Ketua Pembangkang itu.
"Kenyataan-kenyataan Kuan Yew sebelum ini tidak pernah disokong oleh Dr Mahathir tetapi kali ini, oleh kerana dendam kesumatnya terhadap Anwar. Beliau mengabaikan prinsip dan maruahnya dengan membuat sokongan yang kita tahu tidak ada asas sama sekali.
"Kalau kita kata asas sokongan terhadap kenyataan Kuan Yew dibuat atas fakta dan undang-undang maka bolehlah kenyataan tersebut didokong atau pun disokong.