Showing posts with label MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan. Show all posts
Showing posts with label MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan

Masyarakat bukan Islam di Kelantan telah menerima penjelasan berkaitan enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 sejak ia diluluskan pada tahun 1993 lagi, Cuma ia digembar gemburkan oleh pihak yang dengki dengan keharmonian masyarakat di Kelantan.  Sebenarnya perlaksanaan hukum hudud  hanya untuk masyarakat Islam sahaja dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam. Kenapa golongan bukan Islam perlu takut ?


  
         Kecelaruan masyarakat bukan Islam dalam isu hudud bukannya datang dari ketidak fahaman mereka terhadap hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman tersebut tetapi ia adalah berpunca dari hasutan dan penyebaran maklumat salah oleh pihak tertentu kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.
             Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan (DHPPK), Lim Guan Seng, perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah 2 di Kelantan hanyalah melibatkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua DHPP Pusat, Hu Pang Chaw yang sering menimbulkan kekeliruan dalam menangani isu terutamanya melibatkan negeri Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...