Ini kerana rakyat, terutamanya orang Melayu tidak wajar dibiarkan menanggung kerugian syarikat milik kroni Umno semata-mata atas nama kepentingan Melayu.
Ia dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana sempena sehari sebelum perarakan membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad di Bangi semalam.Menurut Anwar, adalah tidak adil apabila taikun Umno itu diselamatkan kerajaan walaupun syarikat yang dikendalikannya rugi berbilion ringgit.
