Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah? Atau apakah salah disisi undang-undang negara ? Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal macam undang-undang zaman Pak Pandir.
Tapi pengedar dan Video Seks yang diedarkan dimerata-rata tempat diseluruh negara tidak menjadi kesalahan dan tidak diambil apa-apa tindakan. Hairan Bin Ajaib. Itulah padahnya jika terlalu lama berkuasa. Undang-undang pun tidak tahu guna pakai dan masih lagi bercirikan undang-undang Jakun.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru kerajaan Malaysia.
Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.
