Showing posts with label Kerana Takut Berdebat. Show all posts
Showing posts with label Kerana Takut Berdebat. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Kerana Takut Berdebat, Najib Guna Serangan Peribadi Terhadap Anwar Ibrahim

Kenapa Najib takut berdebat dengan Anwar. Najib sendiri tidak yakin dengan kebolehannya. Takut berdebat,  isu peribadi Anwar dibangkitkan. Jika isu peribadi, Najiblah yang lebih banyak  isu peribadi yang boleh Anwar bangkitkan. Tapi Anwar tidak buat begitu kerana isu rakyat lebih penting. Najib guna serangan peribadi hanya sebagai helah untuk mengelak berdebat dengan Anwar. Tektik begini tidak sebagai anak jantan dan hanya politik murahan. Lempar batu sembunyi tangan. Tak layak menjadi seorang Perdana Menteri yang penakut.
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan serangan peribadi merupakan helah untuk mengelak berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, beliau menganggap Najib tidak menunjukkan sikap “gentle man” apabila menggunakan taktik politik murahan yang jelas merupakan fitnah terhadap Anwar, bagi mengalih perhatian dalam isu debat tersebut.

“Saya terkejut mendengar ucapan Perdana Menteri yang menyuruh Datuk Seri Anwar menyelesaikan “masalah peribadi” sebelum mengajaknya untuk berdebat. Saya pasti Najib sebenarnya sengaja mengelak kerana pelawaan berdebat tersebut adalah berkaitan dengan isu ekonomi rakyat yang semakin teruk sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Rafizi merasakan sikap Najib yang banyak berdolak-dalik itu sebenarnya menunjukkan beliau membuka pekung di dada sendiri kerana mengalih perhatian isu debat itu kepada isu lain.

“Kenapa isu peribadi yang dibangkitkan, kalau mahu bercerita mengenai peribadi, saya rasa soal peribadi Najib lagi banyak yang boleh kita bangkitkan. Tetapi kita di Parti Keadilan Rakyat tidak mahu berbuat demikian kerana isu rakyat lebih penting yang patut didahulukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...