Showing posts with label Kerajaan mansuh undang-undang lapuk tapi ganti dengan RUU lebih kejam – Anwar. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan mansuh undang-undang lapuk tapi ganti dengan RUU lebih kejam – Anwar. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Kerajaan mansuh undang-undang lapuk tapi ganti dengan RUU lebih kejam – Anwar

  
          Pemansuhan beberapa undang-undang lapuk tidak bererti kepada amalan demokrasi berikutan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) baru yang lebih keras, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
            Menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, beliau berkata, RUU Himpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.

“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.

“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan (RUU) masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...