Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.
Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.
Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

