Showing posts with label Jika Umno Bagi Projek Atau Wang Ambil. Show all posts
Showing posts with label Jika Umno Bagi Projek Atau Wang Ambil. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Jika Umno Bagi Projek Atau Wang Ambil, Tapi Undi Parti Yang Membela Rakyat

Jangan Tolak Imbuhan Tetapi Undi Bulan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN).

Yang penting, menurut beliau ialah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi parti yang membela rakyat tanpa mengira kaum, dan tanpa dibelenggui masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita dengar Umno datang, di kawasan Cina tadi. Saya sebut minta banyak-banyak sikit untuk sekolah Cina mintalah. Bila bagi cek bulan 12 jangan. bagi cek paling lambat 3 haribulan," berucap pada ceramah perdana di Galas.

Menurut Anwar lagi kesediaan Umno-BN untuk menjanjikan wang dan projek harus diterima oleh rakyat.

Namun undi mereka harus diberikan kepada parti yang mahu menegakkan keadilan dan membela rakyat secara berterusan dan bukan hanya pada musim pilihan raya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...