Kekalahan Galas Diharap Beri Pengajaran
Pas tersangat perlu melakukan bedah siasat secara besar besaran terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang diada hari ini.
Pemimpin PAS perlu berkorban, bukan untuk menyalahkan sesiapa. Sepaturnya 20 tahun (Angkatan 90an) memerintah Kelantan yang sudah sarat dengan pengalaman memimpin dan memerintah negeri. Malang sungguh nasib pemimpin PAS yang sarat dengan pengalaman tiba-tiba ketandusan idea bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Pemimpin Kerajaan atau parti kena banyak menyelesaikan masalah rakyat bukan masalah diri dan kroni. Kebajikan rakyat perlu didahulukan, barulah rakyat dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.
Masalah tanah, kebajikan orang asli, orang Melayu dan Cina sepatutnya dah lama diselesaikan. Bukannya semasa pilihanraya baru nak difikirkan strategi bagaimana nak mengatasi. Atas kertas memang mudah tulis-tulis angka … ha kita menang sekian banyak dan kalah sekian banyak. Perlu selesai masalah rakyat baru lah rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan dan parti, adoi mudahnya.
Tetapi inilah masalahnya, apabila Pengurus dan jurulatih dan pemain sendiri tidak pernah atau kurang berlatih dan bermain hanya sekadar berteori dan mendengar dari jauh masalah-masalah yang perlu diselesaikan.
