Imej dan kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpaksi kepada keyakinan rakyat bahawa beliau tidak terlibat dalam video seks tetapi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi Umno, menurut akhbar wall street journal (WSJ).
“Jika Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini akan menjadikan beliau lebih kuat. Ia juga akan memperkukuhkan keyakinan di dalam dan luar negara bahawa Anwar adalah mangsa pendakwaan bermotif politik,” kata akhbar itu.
Jika penjelasan Anwar diterima masyarakat umum, isu video lucah itu “akan membawa berita buruk bagi Umno, walaupun parti itu mendakwa rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tambah akhbar itu lagi.
Akhbar Wall Street Journal itu turut berpandangan kerajaan Umno Barisan Nasional masih terdedah kepada kepada pelbagai cabaran sungguhpun Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk memulihkan imej gabungan itu.