Operasi kecam dan serangan mereka tidak berubah sejak zaman Perang Dingin hingga hari ini, seolah-olah mereka lupa bahawa ruang-ruang media alternatif mampu menembusi propaganda murahan mereka.
Justeru, apabila Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua 2012, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO yang hanya nampak kuman di seberang laut telah menghamburkan kata-kata “Belanjawan pembangkang untuk tarik undi”, “Belanjawan bayangan pembangkang helah kaburi mata rakyat” dan “Bajet bayangan pembangkang sekadar janji populis”.
Seloka lama UMNO-BN