Showing posts with label Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN. Show all posts
Showing posts with label Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN

Keputusan DAP akan bersama dengan PAS itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.
               Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.
                Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...