| Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing |
Fitnah dilemparkan pemimpin Umno kononnya kerajaan Kelantan tidak pernah membina masjid sepanjang lebih 21 tahun di bawah teraju PAS, kini menjadi seumpama senjata makan tuan.
Ini kerana banyak masjid dibina kerajaan negeri juga digunakan mereka untuk menunaikan solat. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing sekarang menjadi tumpuan pelancong.Keunikan seni bina masjid yang bernilai RM9 juta itu tidak ada di tempat lain. Senibinanya menyerupai tokong Cina.
Begitu juga Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Pulai Chondong, diimarakkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al Quran.