Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan dikeluarkan sepina oleh pasukan pembela, supaya tampil sebagai saksi dalam kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Kesemua mereka sebelum ini enggan ditemubual dan enggan menjadi saksi peguam bela.
Najib pernah bertemu Saiful dua hari sebelum insiden liwat didakwa berlaku iaitu pada 28 Jun 2008. Malah Saiful juga pernah bertemu Najib sebelum itu atas alasan memohon biasiswa, meskipun beliau gagal menamatkan pengajian di kolej.
