PKR mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia, hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) berkata laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Tegasnya, ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
Tambahnya, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.
Beliau menyertakan bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:
