Showing posts with label Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu. Show all posts
Showing posts with label Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu


Rakyat Tenang Mengharapkan Kehadiran Pimpinan Pakatan Rakyat Untuk Mendengar Ceramah Isu-Isu Semasa, Bukan Mengharap Kehadiran Polis Yang Lebih Ramai Memburukkan Keadaan Yang Asalnya Berlangsung Dalam Suasana Yang Aman  

Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub (gambar) kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...