Tangkap dan dakwa The 'Three Stoogers' ini !!!
Rakyat merasa khuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul sekiranya Datuk T atau Trio Umno tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Trio Umno yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Menurutnya, pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut.
Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalam Youtube.