Showing posts with label BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13?. Show all posts
Showing posts with label BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13?. Show all posts

Monday, October 10, 2011

BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13?

Dalam bajet 2012 kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.
           Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)?

           Begitulah reaksi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat yang lalu.

Bajet 2012 yang diumumkan Najib memperuntukkan jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan buat 14 tahun berturut-turut, dengan anggaran defisit 4.7 peratus bagi tahun 2012 berbanding 5.4 peratus bagi tahun 2011 yang merupakan unjuran yang sangat optimistik berbanding situasi suku ketiga 2011 yang ditampung oleh impak kenaikan pendapatan hasil daripada sumber komoditi dan bahan asli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...