Showing posts with label Anwar Pohon Campur Tangan Agong Supaya Institusi Mahkamah Bebas Dari Birokrasi. Show all posts
Showing posts with label Anwar Pohon Campur Tangan Agong Supaya Institusi Mahkamah Bebas Dari Birokrasi. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Anwar Pohon Campur Tangan Agong Supaya Institusi Mahkamah Bebas Dari Birokrasi


Liwat II: Anwar Sokong Campur Tangan Agong
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang keluarga pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan itu wajar disokong kerana sudah sampai masanya peranan institusi mahkamah diperbetulkan dan bebas daripada sebarang karenah birokrasi.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini.

"Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan.Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...