![]() |
| PERKASA kena getah bila agih sampul putih kepada warga Cina. |
Bila terbaca berita mengenai majlis Tahun Baru Cina NGO PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, ternyata NGO yang baru nak tunjuk baik kepada orang Cina sudah terkena getahnya.
Apakan tidak bila PERKASA dilihat tidak berhati-hati bila mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.Apa saja alasan berjela-jela boleh diberikan oleh PERKASA namun jelas mereka tidak berhati-hati dan telah gagal menghormati budaya orang lain.
