Showing posts with label Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan. Show all posts
Showing posts with label Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan


Jika benar Najib mempunyai maklumat sebagaimana yang beliau katakan boleh mematahkan hujah Anwar, bagilah pandangan dalam debat itu untuk mematahkan hujah Anwar supaya dapat dinilai oleh rakyat. Mereka bukan bodoh  untuk menilaikan yang mana betul dan salah. Rakyatlah yang menjadi hakim. Untuk mengelak dari berdebat dan mengalih pandangan kepada masalah peribadi Anwar adalah kenyataan seorang Perdana Menteri yang tidak matang dan penakut. Jika beliau seorang pemimpin yang bijak nescaya Najib sahut seruan Anwar. Saya berani membuat andaian, seratus tahun lagi pun  Najib tidak akan terima cabaran Anwar, hendak berdepan muka kemuka pun Najib takut, apalah lagi nak berdebat.. percayalah..

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (gambar) menyifatkan, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendebatkan isu ekonomi negara sangat-sangat mengecewakan.

Bahkan, kenyataan berbaur ugutan yang dibuat oleh PM amat memalukan dan menjatuhkan imej beliau di mata rakyat dan masyarakat umum termasuk antarabangsa, katanya.

Bagi beliau, pelawaan tersebut berpunca daripada komen PM mengenai Janji 100 hari Pakatan Rakyat Memerintah yang merupakan tawaran yang sangat wajar buat rakyat negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...