Malaysia Today Digodam Sekat Pendedahan Skandal Umno-BN
Portal berita sensasi, Malaysia Today yang dikendali penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau RPK digodam semalam menyebabkan ia mengalami masalah teknikal sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.
Ini berlaku setelah laman web tersebut menyiarkan beberapa artikel yang membongkarkan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional serta kroni mereka.
Antara artikel terbaru yang disiarkan oleh RPK berjudul 'Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year' berhubung skandal kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan Malaysia, MAS semasa kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli menjadi Pengerusi.
Satu lagi artikel mendedahkan dakwaan bagaimana seorang kenalan kepada Perdana Menteri, Dastuk Seri Najib Razak cuba menggelapkan RM200 juta daripada China Railways Engineering Corporation (CREC) yang melaksanakan projek landasan berkembar kepada keluarga Najib.
RPK dalam satu emel berkata prtal beliau kini diancam godaman yang hebat.
"Kami tidak boleh beroperasi sejak 2 jam yang lalu. Seperti ada pihak yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyekat kami," kata beliau.
