Showing posts with label 000 Solat Hajat Tolak Fitnah Jahat. Show all posts
Showing posts with label 000 Solat Hajat Tolak Fitnah Jahat. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Hampir 10,000 Solat Hajat Tolak Fitnah Jahat

Fitnah Umno terhadap Anwar semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air
Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena pada orang zalim sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja. .Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang.  Adalah menjadi tangggungjawab kita rakyat negara ini untuk bangkit dan menentang perbuatan keji fitnah ini.
Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja.Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagai impirasi  kebangkitan rakyat. Fitnah ini terpaksa disebarkan UMNO kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya 
Seharusnya umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak, keadilan  dan kebenaran dalam politik serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang fasik dan munafik.
Justeru itu Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...