Showing posts with label 000 Hadir Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label 000 Hadir Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

10,000 Hadir Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat


Saya melibatkan diri dalam politik dan PAS tahun 1967 selepas melihat penindasan Umno terhadap golongan ulama dan orang melayu sendiri. Umno tangkap tok-tok guru pondok masuk ISA tanpa boleh bicara oleh peguam, yang beliau tangkap bukan cina tapi tok guru melayu yang agama islam.

PAS mahukan rakyat Melayu di negara ini menolak dakyah bahawa UMNO memperjuangkan nasib mereka sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Itu teras mesej pemimpin-pemimpin yang berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO yang dilancarkan di Kampung Geliga Kecil, Kemaman, Terengganu hari ini.

Dalam tazkirah khas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menceritakan sebab sebenar beliau melibatkan diri dalam bidang politik, iaitu selepas melihat penindasan UMNO terhadap golongan agama dan orang Melayu sendiri.

"Saya cerita dengan masyarakat semua, saya masuk PAS tahun 1967. Salah satu sebabnya ialah UMNO tangkap Tok Guru Pondok masuk ISA. Kalau masuk lokap boleh cerita, ada peguam boleh bicara ini ISA. Yang dia tangkap bukan Cina tapi Tok Guru ni Melayu Islam. Kalau kata Komunis tangkap Tok Guru ni tak pa ni orang kata bela Melayu, Islam," kata beliau yang telah menerajui kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...