Umno makhluk perosak sistem demokrasi ..
Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa meski pun bertentangan dengan undang-undang negara. Bercakap negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Tapi itu hanya demokrasi ala UMNO yang sering dijadikan modal politik songsang untuk kepentingan mereka.
Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Sistem kehakiman dan Mahkamah terus dilacurkan hanya untuk melindungi juak-juak mereka.
Asalkan nama itu Anuar Ibrahim, pembicaraan pasti akan menjadi lintang pukang. Kes liwat dicipta dan perogol gadis belasan tahun dilindungi, buat kenyataan tidak ada bukti dalam siasatan asalkan menjadi tali barut UMNO. Perasuah-perasuah dilindungi asalkan menjadi "pak turut" mereka. Dalam pembahagian projek dan tender.. kau satu .. aku tiga.. kau tiga aku sepuloh.. yang ini untuk aku... keluarga aku .. dan kroni-kroni aku. Begitulah keadilan dan sistem demokrasi yang tempang. Hanya kroni yang untung. Rakyat juga yang merana
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.
Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.
Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.
