Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, February 18, 2013
Hadirin sambut hebat pimpinan Pakatan di majlis Dong Zong, buat tak kisah dengan Najib
Buat kali pertama sejak Merdeka, seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong, dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan hati pengundi berketurunan Cina yang sebelum ini tidak begitu dipedulikan.
Datuk Seri Najib Razak menghadirkan diri di selama kira-kira setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini. Beliau menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.
Namun, Najib meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman peruntukan berjuta-juta ringgit seperti yang sering dilakukan sekarang dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi UMNO-BN.
Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi
Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.
“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.
Pengusiran Xenophon: PRU13 mungkin dicemari
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pengusiran Senator Australia Nick Xenophon semalam menandakan sistem demokrasi di negara ini pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan dicemari.
Beliau yang dihubungi menjelaskan, kedatangan Xenophon adalah dengan tujuan melihat sistem demokrasi negara ini berjalan dengan harmoni terutama pada pilihan raya nanti dan bukannya untuk menimbulkan huru-hara.
"Saya tidak nampak apa masalah yang timbul jika Xenophon dibenarkan memasuki negara ini, beliau hadir sebagai pemerhati dalam melihat keharmonian demokrasi pada PRU13 nanti.
Sunday, February 17, 2013
Mahathir kayakan kroni punca rizab negara terhakis, hutang bertimbun
Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
“Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” katanya ketika dihubungi.
Saturday, February 16, 2013
Tun Mahathir disaran tanding lawan Anwar
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disaran untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, pada Pilihan Raya Umum ke 13 ini.
Saranan itu dicadangkan Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di ibu kota, hari ini.
Kenapa benci Khairy, sayang sangat Rosmah
Dengan segala pendedahan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak patriotik jika Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyokongnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, surat ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Dr Mahathir baru-baru ini memperinci dan membuktikan dengan lebih detail lagi apa yang dijelaskan oleh Deepak sebagai salah laku Najib.
Thursday, February 14, 2013
Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO
Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak orang penting dalam politik negara sekarang ini.
Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin.
UMNO patut bersyukur jika jadi pembangkang
Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM 2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang di bayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang di harapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.
Dr M pelopor projek IC, Anwar & Pak Lah tak terlibat – Pengurus bank
Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.
Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu
Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakah Daily.
Wednesday, February 13, 2013
PRU belum lagi, Umno telah cetus huru-hara di Pekan
Sebelum terkuburnya UMNO, mereka akan terus melakukan kerja-kerja jahat sehingga berakhirnya PRU..
Selepas seorang mahasiswa Ekhsan Bukhari cedera dibelasah samseng-samseng Umno di Kampung Datuk Keramat di sini, dua lagi peristiwa melibatkan samseng iaitu seorang mahasiswa pecah bibirnya ditampar samseng ketika mengedar risalah di Kampung Sri Makmur.
Dalam peristiwa kedua pula rombongan empat orang mahasiswa telah dimaki hamun dan diusir oleh wakil rakyat BN sendiri bersama penyokong-penyokong Umno.
Selepas seorang mahasiswa Ekhsan Bukhari cedera dibelasah samseng-samseng Umno di Kampung Datuk Keramat di sini, dua lagi peristiwa melibatkan samseng iaitu seorang mahasiswa pecah bibirnya ditampar samseng ketika mengedar risalah di Kampung Sri Makmur.
Dalam peristiwa kedua pula rombongan empat orang mahasiswa telah dimaki hamun dan diusir oleh wakil rakyat BN sendiri bersama penyokong-penyokong Umno.
‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib
Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.
Tuesday, February 12, 2013
Politik Malaysia Masih Lagi Zaman Purba..Masih Politik Darjat Rendah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malsyia (Mapim) amat kesal darjat politik di negara ini sudah menurun dari politik serius untuk mengurus kehidupan rakyat menjadi politik menabur wang dan menghidang hiburan kepada rakyat.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sekarang politik pecutan terakhir yang sedang digerakkan ialah menaburkan lagi wang yang tersisa untuk rakyat dan menghimpunkan rakyat dengan hiburan mega walaupun berbelanja besar untuk membayar artis luar sehingga mencecah RM2 juta.
“Kami mempersoalkan serendah mana lagi parti pemerintah mahu bawa rakyat dan negara ini dalam berpolitik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
‘Kau undi aku akan aku berikan kamu ini’
BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya.
Bagi penulis politik, Aspan Alias, Najib percaya kepada strategi ‘kau undi aku akan aku berikan kamu ini’.
“Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata ‘lu tolong gua, gua tolong lu’. Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN,” tulisnya.
Tulisan penuh Aspan di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com seperti di bawah.
Penonton ‘Gangnam’ kata ‘No’ pada Najib Razak
Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan ‘tidak’ kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.
Semasa Najib bertanya ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?), penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.
Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan ‘tidak’ kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.
Semasa Najib bertanya ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?), penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.
Monday, February 11, 2013
Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini disebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamadun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir. Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Sunday, February 10, 2013
Polls Rating Ok, Pengundi Hantu ada, Duit Banyak- masih takut dengan pilihan Rakyat - Sakmongkol.
Dalam tahun 2008, UMNO dan BN tewas di Semanjung. Mereka hanya dapat 49% dari undi popular di Semenanjung. Oleh yang demikian, UMNO tak boleh sombong. Kalau tidak ada Sabah dan Sarawak, UMNO dah berkubur dalam PRU12.
Dan untuk menyedapkan hati mereka dan kawan2 BN yang lain, maka UMNO dakwa orang kampong semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Orang Kampung mana? Kampung Langgar di Pekan? Kampung Benta di Pekan? UMNO ingat Melayu kampong masih boleh kena tipu dengan rasuah RM500. RM500 diberikan kepada rakyat, ratusan dan ribuan juta disamun dan dirompak dari rakyat.
Saya setuju ke mahkamah, bagaimana Najib - Deepak
Namun katanya, isunya adalah adakah pihak polis sedia membawa segala dakwaannya ke mahkamah dan bersediakan Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib, Nazim Razak sedia ke mahkamah menjadi saksi.
Saturday, February 9, 2013
PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihan raya hanya provokasi seperti mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.
“Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan.
“Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pastikan rakyat mengundi lawan penipuan kerajaan – Bersih
Komitmen rakyat keluar mengundi paling penting untuk mengelak penipuan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.
“Untuk mengurangkan kadar penipuan yang kita lihat masih banyak berlaku, rakyat mesti keluar mengundi. Itu cara untuk kurangkan penipuan jika tidak mahu hak itu diambil,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kajian Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang mendapati lebih 160 individu berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa individu berusia 100 tahun, mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.
Banyak masalah nampakkan Najib PM paling lemah
Datuk Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri yang paling lemah dan bermasalah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.
Katanya, walaupun dari segi fizikal Najib nampak tegap dan gagah, namun beliau sebenarnya diselubungi pelbagai masalah peribadi dan keluarga.
Sejarah lima Perdana Menteri yang lepas kata Idris tidak pernah kedengaran berhubung penglibatan aktif isteri mereka di dalam pentadbiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)










