Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, December 19, 2012
Satu saman AES bawa satu undi untuk Pakatan
Setiap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermakna satu undi untuk Pakatan Rakyat, kata Koordinator Bersama Kempen Bantah AES, Saifullah Zulkifli.
“300,000 saman yang dikeluarkan, bermakna 300,000 undi untuk Pakatan Rakyat. Sebab itu hanya 10,000 saman dibayar, tak sampai 10 peratus dari keseluruhan jumlah saman. Ini sebenarnya protes senyap.
“Mereka yang disaman mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tak lagi seperti dulu, berpusu-pusu membayar saman. Rakyat sudah celik, tidak lagi tunduk kepada undang-undang zalim,” kata Saifullah kepada Keadilan Daily.
Amanat Haji Hadi: Petanda besar parlimen dibubar
Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda ‘kubra’ parlimen akan dibubarkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media mengenai Amanah Haji Hadi.
Katanya, beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif.
Ini, ujarnya dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.
Berikut ialah kenyataan beliau.
Tuesday, December 18, 2012
31 Tahun Harussani Baca Kitab Bab Kafir Baru Selesai
31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama. Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk kulit merah dan hijau) terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang?
Baca lagi di SINI
Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis ‘sujud’ minta maaf – Anwar
Kisah silam dan keperitan hidup yang dilalui Anwar semasa ditahan di Penjara Sungai Buloh. Mahathir adalah antara orang yang mengetuai dalam konspirasi ini..
Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya.
“(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf.
“Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat.
Lancar kapal TLDM: Rosmah lebih sudu dari kuah – Kobat
Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.
“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.
Monday, December 17, 2012
Pakatan Rakyat: berbeza tetapi bersatu- Aspan Alias
Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.
PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC
Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.
Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.
Ratapan Orang UMNO berbeza beza
Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.
Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.
Umno pindah semula pengundi Tganu ke Selangor
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Husam berkata pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada tahun 2004.
Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu.
Sunday, December 16, 2012
Najib tidak boleh membisu - Aspan Alias
Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang di lemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah di kaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besar nya di kaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.
DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai
Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.
Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi.
Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi
Saturday, December 15, 2012
Mahathir akan pertahan Najib selagi ikut telunjuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pasukan penyerang dan pertahanan Umno ketika pimpinan yang lain tidak mampu melawan tsunami kebencian rakyat kepada Umno.
Justeru, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Mahathir terpaksa mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat.
“Beliau sedar jika BN kalah nasib beliau dan anak beliau akan menerima musibah. Kebetulan Najib pula mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan anak beliau,
50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah
Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.
“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.
Thursday, December 13, 2012
Berdoalah dengan intensif agar sentiasa mendapat keredhoan Tuhan
Isu kenyataan Musa Hassan masih menjadi isu hangat dan entah bila isu ini akan surut. Merata-rata dalam media massa alternatif ianya diperkata dan dibincangkan oleh rakyat khususnya mereka yang tampil untuk menulis tentangnya. Minat rakyat terhadap isu ini semakin besar kerana isu permainan politik di dalam institusi penguatkuasa dan demokrasi dalam negara ini sememangnya isu yang begitu sensitif bermulanya dari pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Pihak eksekutif telah mencerobohi semua badan dan institusi demokrasi dan penguatkuasa kerana kepentingan seseorang atau sekumpulan manusia lemah yang memimpin kita.
Bom dari Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Wednesday, December 12, 2012
PKR Serah Bukti Rasuah Konsensi Balak Sabah Kepada ICAC Hong Kong
PKR menghantar satu delegasi ke Hong Kong dalam usaha membuka semula siasatan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap tuduhan rasuah yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Delegasi itu yang diketuai Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan membawa bukti-bukti transaksi wang dari syarikat yang mendapat konsesi balak Sabah kepada akaun milik ahli perniagaan, Michael Chia.
Selepas Utusan, Star pula jadi alat politik
Selepas Utusan Malaysia, akhbar The Star milik MCA pula meneruskan agenda bagi kepentingan politik tuannya dalam usaha menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan bukan Islam.
Lebih-lebih lagi apabila akhbar yang mempunyai pembaca bukan Islam itu sengaja mensensasikan isu yang dikatakan kes 'khalwat' di Kelantan yang telah berlaku beberapa bulan lalu padahal ianya bukan kes khalwat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata isu yang dianggap panas oleh The Star itu sebenarnya hanya sebahagian dari agenda politik MCA.
Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan
Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.
Bank Negara dan SPRM ‘bisu’ kes rasuah RM40 juta Musa Aman
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membisu terhadap laporan KEADILAN mengenai kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 25 Oktober lalu mendesak BNM menyiasat Musa, Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno yang terlibat dalam skandal itu.
Tuesday, December 11, 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak 16 Dis ini
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Disember ini bertempat di Bandar Seri Iskandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)






