Tuesday, July 24, 2012

Umno bukan tempat orang agama, tempat cari makan

 
                 Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno.
                  Demikian kata Ustaz Idris Ahmad (gambar), AJK PAS Pusat dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Beliau yang tertarik dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan.

Namun, persoalannya mahukah pemimpin Umno hendak mengikut garis panduan yang ditentukan oleh majlis ini, soalnya.

Hipokrit, MoU bukti Umno jalin hubungan dengan komunis



           Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menempelak sikap hipokrit pemimpin Umno BN yang tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan komunis.
           Ahli Parlimen Batu itu berkata, Umno BN terang-terangan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) pada Oktober tahun lalu.

“Saya nasihatkan supaya pemimpin Umno BN tidak hipokrit dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Monday, July 23, 2012

Hanya BN yang mampu mencetuskan kekecuhan jika kalah PRU


Selalu saya terfikir yang negara perlu memulakan ‘facet’ yang baru dalam politiknya kerana dengan isu perkauman yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini amat merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu menerima hakikat dan semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya merupakan satu perkara yang mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itulah perkara yang biasa yang berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.

Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai ‘national unity’ tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya UMNO untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.


Terus membaca Di Sini

Isu 13 mei yang diperbesarkan Muhyiddin itu senjata politik yang sudah menumpul - Aspan Alias ,

               TS Muhyiddin Yassin masih bercakap tentang isu kejadian 13 Mei dalam siri kempen beliau di mana-mana. Beliau telah mengingatkan anak-anak muda supaya bersatu di bawah BN jika kita hendak hindarkan kejadian 13 Mei dahulu. Kata-kata Muhyiddin ini tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau adalah dalam keadaan ‘desperado’ dan amat tertekan dengan sokongan yang merudum terhadap BN khususnya UMNO.

My Photo

Di Semenanjung ini seperti yang saya telah selalu perkatakan BN itu adalah UMNO kerana parti-parti komponennya MIC dan MCA serta Gerakan sudah tidak relevan hampir seratus peratus sekarang ini. Maka UMNO itu BN, dan BN itu UMNO.

Sunday, July 22, 2012

Ura-ura pilihanraya September semakin kuat

    
                  
    Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.
                     The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI.

Gaji Orang Atas Diberhenti Apabila Kerajaan Selangor Ambilalih Syabas

  
         Antara gaji bulanan yang akan diberhentikan kata Menteri Besar, adalah Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana tidak menjalankan tugas sepertimana dipertanggungjawabkan.
           Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun pengerusi eksekutif itu dibayar gaji bulanan sebanyak RM 400,000 sebulan, beliau masih tidah dapat memastikan semua rakyat Selangor mendapat bekalan air terawat yang konsisten dari Syabas.

“Sebab apa saya tak nak bayar? Gaji itu dia tak buat kerja, dia dapat mana boleh. Saya tak boleh bagi gaji buta.

“Boleh jadi sebelum 2008 dia boleh dapat gaji buta tapi sekarang tak boleh sebab kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia tuntut duit itu.

“Saya mahukan rakyat dapat nilai untuk wang itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis perjumpaan dengan pembeli rumah kos rendah di Bangunan Sebaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Umno terbukti diresapi komunis - Mahfuz

 
              Umnolah yang terbukti diresapi komunis malah pernah menjadi pemimpin parti itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
              "Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," kata beliau ketika menolak tuduhan dalam laporan Bernama kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Agensi berita tersebut melaporkan kononnya risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB

     
              PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat.
                  “Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Saturday, July 21, 2012

KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak

  
            PKR hari ini mendedahkan wujud penyelewengan berlaku dalam pemberian kontrak bagi kerja-kerja kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kepada sebuah syarikat yang telah gagal sewaktu proses pembidaan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR memberitahu jika sebelum ini dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistem Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini PKR difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah.

Friday, July 20, 2012

PDRM diminta jaga negara, bukan Umno

  
  
        PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.
            Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.
               Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Kalau Najib jujur, sudah lama hidup kita makmur

 
              Kekecewaan rakyat kepada Barisan Nasional ditunjukkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu. Namun adakah kekecewaan rakyat ini sudah terubat apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib Razak pula mengambil alih dengan memukul canang transformasi?
              Jawapannya mungkin perlu ditunggu pada keputusan PRU ke-13 kelak. Tetapi, dalam tempoh 3 tahun Najib mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, kita boleh melihat dan menilai sejauh mana iltizam politik beliau telah dterjemahkan dengan jujur.

Politik populis Najib

Najib kini menjemput rakyat memberi pandangan dan saranan dalam merangka belanjawan negara tahun 2013 yang akan dibentangkan kelak.

Thursday, July 19, 2012

Tak usah banyak alasan, Najib memang takut debat


               Alasan kerajaan kononnya perdebatan sesuai dibuat di Parlimen hanya untuk menutup ketakutan Datuk Seri Najib Razak berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
              Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keengganan Perdana Menteri itu tidak perlu ditutupi kerana umum tahu seberapa banyak alasan pun, pokoknya, Najib memang takut berdebat.

“Sebab itulah mereka takut berdebat. Lagi banyak cakap, lagi banyak keburukan terkeluar. Tambah pula, mereka tidak boleh menjawab isu-isu yang dibawa Pakatan Rakyat.

Aliran wang haram RM1 trilion 2009 dijangka meningkat


          Senator Dr Syed Husin Ali menjangkakan, jumlah wang haram yang mengalir ke luar negara akan terus meningkat ekoran prestasi buruk Umno BN pada masa kini.
           Katanya, perkara itu terbukti selepas Umno BN kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) lalu apabila pengaliran wang haram meningkat mendadak pada 2009.

“Lonjakan besar yang berlaku ini ialah dalam tempoh dua tahun berikutan PRU pada Mac 2008. Umno BN kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen. Adakah perkara ini berlaku akibat takutnya sesetengah golongan kaya dengan keputusan pilihan raya itu?

Tuesday, July 17, 2012

Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu



                       Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.
                     Teras yakin dengan kedudukan ekonomi dunia dan rantau dalam keadaan meleset untuk jangka waktu yang agak panjang, penyenaraian aset Felda dalam pasaran saham akan mendedahkan peneroka kepada manipulasi aset mereka dalam Koperasi Felda oleh pembeli dan penjual saham.

Ini dilihat sebagai isu pokok yang dibantah oleh peneroka . Namun harus difahami kemungkinan terlepasnya harta paling berharga kepada orang Melayu iaitu tanah adalah bencana terbesar kepada nasib orang Melayu.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”.

  
             Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
               Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.

Kaut untung anak beranak, Mahathir malukan negara


              Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.
              Beliau berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah syarikat perusahaan arak, San Miguel.

“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar,”

Monday, July 16, 2012

Mat Sabu : Isu FGVH Melibatkan Kepentingan Orang Melayu

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global...
  
             Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham kerana tindakan itu didakwa mengancam aset dan harta milik Melayu, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
             Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi “mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera”.

“Kita harap Yang Dipertuan Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

Muhyidin tidak sabar nak jadi PM


                 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.
                  Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Sunday, July 15, 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda Berakhir Aman

           Perhimpunan Oren Selamatkan Felda yang diadakan untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung hari ini berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
           Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan ini berjaya diadakan dengan aman apabila tiada sebarang tindakan provokasi dari pihak berkuasa seperti yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini.

“Ini membuktikan ketegangan yang berlaku dalam perhimpunan sebelum ini disebabkan adanya provokasi dari pihak tak bertanggungjawab termasuk pihak keselamatan sendiri.

“Hari ini Alhamdullilah, pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan profesional, beri kerjasama yang baik kepada kita,” kata Badrul atau dikenali juga sebagai Chegu Bard.

Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib - Shahbudin

  
                    Mahathirisme sering dianggap sebagai fahaman yang dipupuk oleh pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang mementingkan nepotisme dan kronisme melalui dasar penswastaan dan mewujudkan projek mega, pemusatan kuasa yang terlampau, cengkaman yang keras terhadap puak yang menentang sehingga wujud budaya takut di kalangan rakyat dan lain-lain elemen yang dianggap tidak demokratik.
               Itulah Mahathir dan Mahathirisme. Tetapi dunia kini sedang berubah. Mahathirisme tidak selamanya boleh diterima oleh rakyat. Generasi muda yang sentiasa sarat dengan maklumat, menolak mentah-mentah Mahatirisme ini kerana mereka sedar ianya faktor yang merosakkan negara dalam jangka panjang dan menyebabkan mereka yang berada di luar lingkungan kronisme dan nepotisme tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.  

             
Seterusnya baca lagi... DI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...