Thursday, January 12, 2012

Najib, Perdana Menteri boneka -Moaz Nair


              Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012.

Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.

Konspirasi politik wujud walau Anwar bebas

Rakyat perlu sedar keputusan kes kelmarin bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat

                 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap percaya konspirasi politik tetap wujud walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
                Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, keputusan mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan liwat jangan dipandang dari aspek kebebasan kehakiman.

“Walaupun kami menerima baik keputusan mahkamah itu tetapi ia bukanlah petanda bahawa institusi kehakiman bebas,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Muflis 2019: Henti beri mandat kepada BN


          Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 menujukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
             Menurutnya, Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Konvensyen PR: Bersihkan Malaysia, Pinggir Kepimpinan Korup




         Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang bakal berlangsung hujung minggu ini di negeri Kedah disifatkan sebagai pecutan akhir gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan b erlangsung tidak lama lagi.
          Konvensyen yang bertemakan 'Bersihkan Malaysia' ini secara dasarnya akan memperincikan krisis politik negara yang tidak berpenghujung selain ingin mewujudkan suasana negara yang lebih sejahtera dengan meminggirkan kepimpinan yang korup.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, konvensyen ini juga adalah untuk memastikan gerakan kebangkitan rakyat seiring dengan arus perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Wednesday, January 11, 2012

Konspirasi Umno terhadap Anwar pincang- Dr Muhammad Nur


                   Keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan betapa pincangnya konspirasi yang dirancang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
                  Beliau menepis kenyataan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan itu telah membersihkan kerajaan dari dakwaan konspirasi.

Kenyataan sama turut dikeluarkan pimpinan Umno, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa keputusan mahkamah itu menunjukkan dakwaan konspirasi selama ini, tidak wujud.

Sebaliknya, kata Muhammad Nur, mahkamah tidak dapat menerima bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa kerana perancangan yang dilakukan tidak sempurna dan pincang.

Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang Melayu

  
           Jika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin.
             Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa.

\Walaupun mereka yang menyokong UMNO tidak mempedulikan PERKASA dan menganggap mereka sebagai orang tua yang berlagak seperti badut yang gemuk. Di Kelantan, Ibrahim Ali dikenali sebagai ahli parlimen bebas di Pasir Mas.

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

Manusia lupa bahawa mereka cuma merancang.. yang menentukan tuhan. Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya. Berkat dan doa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan maka Anwar dibebaskan



           Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

Tuesday, January 10, 2012

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN

  
                 Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.
                 Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.

Lepas jawatan sukarela, nasihat MB Selangor


                 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.
                Khalid (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Monday, January 9, 2012

Hakim : Mahkamah Tidak Boleh Bergantung Kepada Keterangan Saiful

   


         Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
            Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Mahkamah tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."

"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan," katanya lagi.

Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Anwar Tidak Bersalah

  
          Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
           Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Bebas atau penjara, Umno tetap tersepit-Ahmad Lutfi Othman


                  Umno-BN dan Najib Razak memang jelas tersepit dan terperangkap.
Apa pun keputusan mahkamah terhadap kes Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, Perdana Menteri masih sukar untuk menamatkan teka-teki tarikh pilihan raya umum, medan tempur paling sukar pernah dihadapi Pengerusi BN. Segalanya nampak serba tidak kena.

Sama ada Anwar didapati bersalah atau dilepaskan -- atau apa jua penghakiman yang bakal dibuat -- persepsi rakyat terhadap elit penguasa, terutama daripada segi pengaruh dan tekanan eksekutif terhadap mahkamah, tetap memburuk. Persepsi ini terbentuk kukuh sejak awal pemerintahan Dr Mahathir Mohamad lagi.

Polis Menyekat Peserta Himpunan 901 Daripada Mahkamah

6 pagi : Penyokong Pakatan Rakyat mula hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan "Bebaskan Anwar" dan mendengar keputusan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berlegar-legar walaupun hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah.
Langsung dari >>>TVS NEWS


Pertikai Anwar PM, Nasharudin Patut Dipecat Juga

   
              PENULIS tidak mahu bincang banyak soal pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali kerana tindakan pemecatan itu sepatutnya sudah dibuat lama dahulu, bukan selepas satu demi satu ‘kemungkaran’ yang dilakukannya sehingga membebankan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi bak kata pepatah lama, “Better Late Than Never”.

Masalahnya, terbaru ini penulis dimaklumkan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula sebentar tadi muncul di TV3 mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Tanya siapa PM bukti Pakatan ke Putrajaya

Realiti di negara ini sekarang samalah seperti di Tunisia yang telah sekian lama berada di bawah pemerintahan zalim Ali Zainal Abidin. Namun rakyat bukan lembu untuk dicucuk hidung oleh UMNO-BN, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk menolak UMNO-BN dalam plihan raya ini 


               Pertanyaan seluruh rakyat negara ini sekarang mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan esok, membuktikan Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
               Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pertanyaan itu jelas membuktikan rakyat negara ini kini ternyata amat berminat dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang terrnyata mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putrajaya pada PRU Ke13 nanti.

Katanya, mereka tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tersebut.

"Jadi jika Datuk Seri Anwar akan dipenjarakan, mereka secara automatik menjadi tertanya-tanya siapakah pula yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Kempen Bebaskan Anwar 901 di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.

PAS pecat Hasan Ali

  
              PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

LIHAT VIDEO

Sunday, January 8, 2012

Mengapa DSAI akan Dipenjara


               Ada yang bertanya kepada saya sebelum saya bertolak ke Saudi, bagaimana dengan kes Anwar? Saya menjawab, dia akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan. Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana pihak berkuasa tiada pilihan melainkan mendapati beliau bersalah. Sekian lama telah diwar-warkan bahawa beliau bersalah dan dihina dengan sebegitu rupa, kalau didapati tidak bersalah sudah pasti akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib. 

Pada masa yang sama Anwar akan menyatakan keputusan tidak bersalah adalah bukti betapa beliau difitnah dan dizalimi selama ini. Oleh itu, pada saat sebelum pilihan raya seperti sekarang, ianya mampu mengalihkan sokongan rakyat kepada PR dengan lebih lagi sehingga mengakibatkan BN akan terus terkubur di seluruh Negara. Oleh itu Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan.

BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar

Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.

              Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
             Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Shuhaimi : Hassan Ali Naik Atas Bantuan Anwar

Hasan Ali sepatutnya segera memuhasabah diri selain tidak bertindak melulu dalam membuat kenyataan mahupun keputusan terutama melibatkan kredibiliti Pakatan Rakyat.
 Jangan kita mengikut perasaan dan merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang.

  
          Datuk Dr Hasan Ali diingatkan supaya sedar bahawa kejayaan yang dimilkinya hari ini adalah atas bantuan dan ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga melayakkan beliau memenangi pilihan raya ke-12 sekaligus menduduki jawatan Exco Selangor.
            Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata Hasan dilihat seolah-olah terperangkap dengan hujah ‘counter-intelligence' UMNO bahawa kes mahkamah Anwar adalah isu yang bersifat peribadi.

"Isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau (Anwar) dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

DENGAN VIDEO!! Pembaca Berita TV3 Tersasar menyebut Anwar Ibrahim!!!! Sebagai Perdana Menteri!



                 Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara!
                 Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.

Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya!

Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...