Monday, June 20, 2011

Himpunan Bersih 2.0 aman, polis patut kerjasama

              Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap memberi jaminan bahawa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan berjalan dalam keadaan aman jika pihak polis memberikan sepenuh kerjasama.
            Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keselamatan peserta himpunan dan memastikan tiada sebarang kekecohan.
              "Saya merayu sekali lagi kepada Polis Diraja Malaysia, ketua polis negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad yakin polis mampu memantau mana-mana pihak yang berniat melakukan kekacauan dan rakyat akan berasa gembira sekiranya memorandum tersebut pada diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam keadaan aman.

"“Kalau kita sampai ke Istana Negara dengan selesa dan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar…kita juga akan bersurai dengan baik.

Ambiga Enggan Layan Provokasi PERKASA

                 Berahim katak masih lagi memiliki politik di zaman Pak Pandir. Apa lagi dengan mengugut serta memberi amaran kepada kaum Cina agar menjauhi himpunan kerana “apa sahaja boleh berlaku.”. Apa ini Berahim Katak? Usahlah nak buat sabotaj  untuk menjadi dalang kepada UMNO-BN  dengan hanya  menjadi batu api untuk mencari publisiti murahan. Rakyat sudah kenal siapa kamu sebenarnya. 
Kamu berjuang bukan berlandas prinsip tapi untuk kepentingan kamu sendiri. 
               Dunia politik kamu sudah sampai ke penghujung senja. Tak payah menjadi jaguh hanya  untuk mengharapkan  balasan dari UMNO, supaya kamu diberi tempat sebagai calon di PRU 13 nanti . Kamu boleh dianggap kain buruk yang hanya digunakan pakai  untuk menyapu sisa-sisa makanan di kedai kopi mamak. Aku yakin politik kamu sebagai katak yang suka panggil hujan akan lenyap selepas PRU 13 nanti. Kamu juga antara spesies katak  jahat dan khianat kepada rakyat  yang ingin menuntut kebenaran dan keadilan  


Artikel penuh kenyataan  Ambiga Screenevasan..
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan enggan melayan provokasi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang membakar gambarnya dan memberi amaran kepada kaum lain agar menjauhi perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan.

Menurut Ambiga, provokasi dekimian tidak menjejaskan perhimpunan aman itu kerana ianya adalah suara rakyat.

"Kami (Bersih) ialah gerakan aman, yang mahukan pilihan raya diadakan yang bersih telus dan adil. Kami adalah suara kehendak rakyat. Kami tidak menentang sesiapa," kata beliau kepada pemberita sebelum majlis pelancaran BERSIH 2.0 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.

Sunday, June 19, 2011

Bersih 2.0: SAMM alukan ‘KOTOR’ anjuran Pemuda Umno


Perlu ditegaskan kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Setakat ini semua bersetuju untuk menjadikan pilihanraya sebagai jalan terbaik menukar kerajaan.
“Sebaliknya proses turun ke jalanraya ini sebagai praktik demokrasi – hak berhimpun dan menyatakan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan


Artikel penuh kenyataan Badrul Hisham ...
Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan biarpun pelbagai ancaman dan gangguan termasuk dari pergerakan Pemuda Umno, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Pengerusinya, Badrul Hisham Saharin berkata, SAMM mengalukan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, atas prinsip hak kebebasan berhimpun seperti dijamin perlembagaan.

Utusan: Kalau jahil jangan pula berlagak alim

           Akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu telah menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol mengadu kepada orang agama dengan bukti rakaman menerusi handphone, tetapi pengaduannya tidak diterima.
          Dengan itu, amat jelaslah, Umno sememangnya berniat jahat dengan penyiaran kartun itu. Ia ternyata hanyalah untuk memperlekahkan hukum hudud dan sistem perundangan Islam serta mempermainkan perasaan umat Islam

Artikel penuh kenyataan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Senator Mumtaz...
Utusan Malaysia dinasihatkan agar jangan terus berlagak alim dengan membuat ulasan demi ulasan mengenai sistem perundangan Islam, tetapi menyedari keadaan diri yang sememangnya amat jahil dalam agama.

Sekiranya tidak sedar diri, akhbar milik Umno itu pasti melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah yang boleh pula merosakkan akidahnya sendiri.

Saturday, June 18, 2011

Perkasa khianati Islam sokong Utusan

       Nampaknya  Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak apabila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.
      Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup Melayu, keris dan kepala lembu

Artikel  penuh Kenyataan DPPWP...
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.

Bersih 2.0: ISA akan lebih marak kemarahan rakyat- GMI


             ISA tidak memberikan jalan penyelesaian, sebaliknya menimbulkan kemarahan rakyat jika mereka (polis) menahan peserta di bawah ISA.  saya percaya polis dan kerajaan akan cari sebab untuk menangkap peserta demo selain memudahkan mereka menggunakan ISA ke atas tangkapan. penggunaan ISA dalam setiap perhimpunan bukan sahaja merugikan negara dan kerajaan tetapi melambangkan dasar negara tidak bertamadun serta  menolak kepada sistem demokrasi.
Artikel penuh kenyataan GMI, Syed Ibrahim Syed Noh..
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan penyelesaian terbaik, malah akan mengundang lebih banyak kemarahan rakyat, tegas Pengerusi Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Datuk Seri Aziz Abdul Rahman yang menyarankan polis bertindak tegas, termasuk menggunakan ISA untuk menyekat perhimpunan itu.

Friday, June 17, 2011

M’sia masih diktator, seperti S’pura dulu

              Rakyat dikawal menerima maklumat begitu juga media pada hari ini yang hanya menjadi alat menyampaikan dakyah kerajaan pemerintah,” Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh, kita tidak boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas. Sebab itu dalam himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul.
Artikel penuh kenyataan Mohd Sabu ..
Malaysia dibawah Barisan Nasional (BN) didakwa mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi seperti Singapura pada suatu ketika dahulu dengan menyekat kebebasan bersuara, gara-gara bimbang kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Singapura kini mengalami banyak perubahan sejak pilihan raya negara itu bulan lalu, sebaliknya Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintahan diktator.

Merujuk kepada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), beliau berkata rakyat dinafikan hak dan keadilan dalam menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

30,000 pemuda Perak sertai Bersih 2.0

         Himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini.
           Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi
kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Artikel selanjutnya ...
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.

Thursday, June 16, 2011

BERSIH 02 : Pemuda PAS Tidak Gentar

Kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat
1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi  sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"

Bersih 2.0: Aliran tunai peserta RM30 juta, peniaga rugi hujah dangkal – Suhaizan


             Kenyataan yang menyatakan perhimpunan "Bersih" akan menyebabkan penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini. 
           Sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja dengan menaiki teksi  serta  membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.


Artikel penuh kenynataan Suhaizan Kayat ...
Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Himpunan Bersih 2.0 merupakan ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan  pelaburan asing, disifatkan sebagai hujah paling dangkal abad ini.


Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Ahmad Maslan bahawa himpunan pada 9 Julai ini menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.
Sebaliknya, kata Suhaizan, sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta.

Wednesday, June 15, 2011

Himpunan Bersih: Pemuda Pakatan kecam Perkasa, dakwa sengaja mahu buat kacau

          Sayap pemuda Pakatan Rakyat mengecam langkah pertubuhan membela hak Melayu Perkasa yang mahu menghalang perhimpunan Bersih 2 0 dengan mengadakan perarakan balas serentak 9 Julai ini
         Malah pemimpin pemuda Pakatan Rakyat juga menyifatkan tindakan Perkasa mahu mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan himpunan Bersih sebagai “satu ancaman serius” dan “tidak memahami hak asasi manusia ” 
Mereka juga mendakwa Perkasa sengaja mahu membuat kekacauan dan menimbulkan huru-hara apabila mengambil pendekatan itu 


“Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara 

Himpunan Melayu Pulau Pinang selepas Bersih 2.0

          Bila UMNO-BN kalah dan rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan yang korup, maka ramailah yang keluar tunjuk perasaan tidak puas hati kononnya habislah negeri ini bila dapat pada DAP.
          Orang Melayu sepatutnya sedar bahawa sebelum ini pun Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, lainlah jika sebelum negeri ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ia diperintah oleh Umno. Tapi berbeza dengan Umno yang menang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 tetapi memberikan hak ketua menteri kepada Gerakan. Tapi lain perbezaannya  dengan Pakatan Rakyat yang telah memberi DAP mengetuai Kerajaan Pulau Pinang kerana mereka memenangi kerusi yang lebih dalam pilihan raya.


Artikel penuh kenyataan Mohd Sabu ...
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, satu perhimpunan umat Melayu Pulau Pinang akan diadakan untuk menempis anggapan kononnya mereka tidak sokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti.

Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man.

Tuesday, June 14, 2011

Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang

                Kita tidak perlu takut kepada amaran Berahim Katak dan Perkasa. Teruskan perhimpunan itu. Bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. Beliau tak layak hendak menentukan samada perhimpunan itu aman atau tidak..  itu tugas polis... itu kerja polis. Beliau cuma Ahli Parlimen Bebas, itu pun bertanding mengunakan lambang PAS. Jika tidak, sudah lama politik beliau terkubur di Pasir Mas.
               Saya pun tidak tahu, apakah yang beliau cari dalam perjuangan politiknya. Menyalak macam anjing tanpa fakta dan hujah. Tidak ada prinsip dalam politik.Semuanya ditentang. Yang baik pun ditentang, apa lagi yang jahat. Amat malang kepada pengundi-pengundi Pasir Mas yang telah memilih beliau sebagai wakil rakyat yang hipokrit dan khianat kepada perhimpunan rakyat yang ingin mencari keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya.
Artikel penuh kenyataan Mohd Sabu..
Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.

Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.

"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.

RM100 juta pemborosan Rais Yatim boleh bina jalan raya 60 km – Shuhaimi


           Najib tidak boleh berdiam diri apabila menterinya menghabiskan sejumlah wang  hanya satu majlis kerana ini satu pembaziran yang dibimbangi ada komisyen kepada orang tertentu.
           Inilah menteri Umno BN yang sanggup melihat kesusahan rakyat demi mengkayakan kroni. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang merosot,
Artikel penuh kenyataan Shuhaimi Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan peruntukan bagi meraikan Hari Seniman yang dihabiskan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebanyak RM 100 juta sebagai pembaziran tahap melampau.


“Ini pembaziran tahap melampau di kala rakyat dibebani dengan penarikan subsidi oleh kerajaan. Duit sebanyak itu boleh dibuat jalan sejauh 60 km, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti ambil tindakan dan siasat segera peruntukkan yang begitu besar,” kata Shuhaimi kepada KeadilanDaily.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri terdapat penyelewengan dilakukan pihak tertentu.

Monday, June 13, 2011

Bila Utusan Cuba MengIslamkan Umno..- Wira Arjuna

           Sokong bawa rebah. Sepatutnya sebagai akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bijaksana untuk memelihara kepentingan politik dan maruah Umno. Namun oleh kerana pimpinan Umno sendiri malas berfikir tanggungjawab untuk menjaga nama baik parti itu sendiri , tugas itu diserahkan kepada mereka yang kurang arif dan golongan yang mempunyai agenda sendiri di akhbar berkenaan.
              Bayangkan betapa murahannya politik Umno apabila ada pengarang Utusan sendiri yang mengakui bahawa Islam umno memang banyak kelemahannya. Mungkin didorong oleh hasrat untuk memperagakan kewibawaan dan ketrampilan analisis politiknya, Utusan secara rasmi menyarankan Umno supaya menubuhkan sayap ulamanya sendiri.

Jalan ini telah dirintis oleh PAS, seteru politik Umno. Bagaimanapun pada pengamatan yang kabur pengarang Utusan, PAS dilihat seolah-olah telah mengenepikan golongan ulama dan lantas membuat rumusan peranan ulama dalam PAS sudah tidak releven lagi. Oleh itu, tanpa segan silu, Utusan menyarankan supaya Umno segera mengambil kesempatan politik daripada keadaan ini dan menubuhkan sayap ulamanya.

Hadi : Beri PR Mandat Tegakkan Negara Berkebajikan

              Konsep negara berkebajikan yang sudah pun diamalkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan penerimaan bukan Islam terhadap Islam, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh Umno.

             Kita telah berjaya merealisasikan melalui kerajaan negeri yang kita perintah seperti di Kelantan, Kedah dan pernah di Terengganu dan Perak. Penyertaan kita dalam kerajaan campuran, di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di mana hasilnya kita telah berjaya melakukan perubahan sikap di kalangan bukan orang Islam yang melihat Islam dari dekat apa yang gagal ditunjukkan oleh UMNO.
Artikel penuh kenyataan Presiden PAS, Ab Hadi Awang ..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pengundi memberikan Pakatan Rakyat mandat menawan Putrajaya untuk menubuhkan sebuah Negara Berkebajikan dalam erti kata sebenar dan bukan mengikut acuan Umno yang menghalalkan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Beliau menegaskan kritikan-kritikan pemimpin utama Umno terhadap Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS hanya menyerlahkan kecetekan mereka mengenai politk dalam konteks Islam.

Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar

                Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil ?  . Banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) samada dari pihak luar atau tempatan telar menawarkan diri untuk membuat pemantauan. 
               Tapi kenapa tawaran ini ditolak dan tidak dibenarkan sama sekali.  Persoalannya, kenapa ianya ditolak sekiranya Pilihan Raya diadakan secara adil dan telus. Secara logiknya jika ia dijalankan mengikut ketelusan undang-undang yang tersedia ada nescaya UMNO-BN tidak takut dengan kehadiran pemantauan ini. Berani kerana benar dan takut kerana salah.
              Jelas di sini jika kita membuat andaian tersendiri tentu ada sesuatu yang berselindung disebalik kejujuran dan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kemungkinan  jika pemantauan itu dibolehkan,  sebarang bentuk penipuan akan dapat dikesan maka untuk mengelak pecahnya temberang UMNO-BN, kini dan selamanya  menyebabkan UMNO-BN terpaksa menolak cadangan itu, dimana akan menyebabkan UMNO-BN akan kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Artikel penuh kenyataan Anwar...
Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.

Sunday, June 12, 2011

Dr Mahathir Tak layak dijadikan contoh dan tauladan

              Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
             Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.

Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

Saturday, June 11, 2011

Umno sanjung ulama hanya lakonan

           Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.
          Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.
Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam.

Artikel penuh Kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohd Sabu ..
Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi

                Jika sekali pun beliau simpan wang gajinya dengan makan rumput dan minum air hujan nescaya beliau tidak dapat mengumpulkan wang sebanyak itu. Beberapa alasan yang diberikan beliau sudah tentu tidak meyakinkan rakyat. Jika saya sendiri yang membuat andaian, tentu wang itu datangnya dari hasil rasuah ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar. Apa lagi sebagai pemimpin UMNO yang berkuasa dan berpengaruh..
              Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.  Begitulah pemimpin politik dongeng UMNO selama ini, semata-mata mencari kekayaan dan harta dari mandat rakyat. 

Artikel penuh kenyataan Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei..
Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...